Advertisement

Tuesday, August 23, 2011

Seminggu lagi nak raya...

Oklah..celik mata...pejam mata...dah nak sambut raya...tahun ni rasa nak sambut ala kadar jer..tak nak membazir duit bonus aku tu..heheheeheh..apa2 untuk kawan2, sahabat taulan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


Tuesday, January 18, 2011

Gambar nie pernah menang...

Gambar gajah nie pernah menang kat Digital Camera tahun 2007. Aku akan tunjukkan antara gambar asal dengan gambar selepas editing.

Gambar Asal


Langkah-langkah untuk membuat editing:

1. Buka software photoshop dan buka file gambar gajah tersebut. Kalau yang ingin di edit tu pic gajah lah..hehehehhe



2. Pada tool bar kat atas tu ada satu menu Image ---> Adjustment --------> Level and klik



3. Selepas klik akan keluar satu menu LEVEL. Kat channel tu pilih RGB. RGB tu bermasuk R:Red , G:Green. B: BLue. Itu adalah warna-warna asas pada setiap gambar. Gabungan warna-warna asas tu akan menghasilkan warna-warna sampingan seperti kuning, magenta dan sebagainya. Tujuan LEVEl ini adalah untuk men'adjust' warna-warna primer tersebut.



4. Kat situ akan keluar satu graf untuk LEVEL tersebut. kat bawah graf tu ada tiga titik yang boleh digerakkan. Korang boleh cuba menggerakkan titik tersebut untuk bermain ngan perubahan pada color gambar tersebut.



5. Untuk mendapatkan LEVEl yang tepat, setiap titik tu mestilah berada pada awal dan hujung graf tersebut naik dan turun.



6. Lepas tu, klik kat IMAGE -------> ADJUSTMENT-------->CURVES.



7. CURVES adalah untuk adjust tone warna pada gambar.



8. Adjust CURVES tersebut mengikut citarasa yang unik dan menarik pada gambar tersebut. Pada aku pic tu dah menarik lah kowt...huhuhuhuhuhu. CURVES yang cantik biasa berbentuk S pada graf. Dah siap..klik ok...............


9. Inilah hasil gambar selepas Editing.... huhuhuhu.

Gambar Selepas Editing.


Lamanya tak update...

Since 13 September 2009 sehingga sekarang 19 jan 2011, wahhhhhhhh..dah bersawang , berkulat, berlalat blog aku nie tak berupdate. Mula-mula blog aku nie di cipta untuk luahan hati aku, segala sumpah seranah yang aku simpan akan aku luahkan kat blog aku. Tapi bila difikirkan baik aku gunakan blog aku ni untuk kebaikan dan pembelajaran bersama.

Ok..oleh sebab aku nie minat fotografi dan editing..so aku gunakan lah blog aku nie untuk fotografi dan editing. Aku akan luahkan segalan bentuk pembelajaran dalam skill fotografi dan editing. Aku pun masih banyak yang perlu dipelajari, so dalam ertikata yang sebenar, KITA BELAJAR SAMA-SAMA LAH YER....

So entry aku yang dari yang dari 2007 hingga 2009 tu korang abaikan je lah yer... Hehehhe
Mengenai fotografi aku hanya guna kamera cikai jer yang telah banyak berjasa kat aku. Antara jasa yang paling besar kat aku adalah Menang Hotshot kat Digital Camera pada Jan 2007 , dua kali masuk Majalah Digital Hot Shot pada bulan September 2006 dan bulan Mac 2007.
Camera yang aku gunakan adalah FujiFinepix 9500. Dan untuk editing aku gunakan Adobe Photoshop CS3.


Preview dari hadapan


Privew dari atas


Preview dari belakang.

So sebab aku gunakan kamera yang tidaklah sebaik performance Canon dan Nikon , aku memerlukan bahan perisa untuk memantapkan atau mencantikkan lagi gambar aku. so aku gunakan lah Adobe Photoshop.











Sunday, September 13, 2009

Pegi Ikea

Pagi tadi aku pi Ikea, saja nak mencantikkan rumah aku yang dah sedia cantik nie...huahuahua...
Ingatkan aku nak cari bende2 yang penting jer..last2 semua aku nak beli. Habis duit aku. Kat Ikea je aku belanjakan sebanyak RM275.80. Uwaaa..banyaknya. Tapi bila fikir2 nie semua untuk rumah aku. Bukan selalu.Time nak raya jer. Jadi cost untuk aku beli baju terpaksalah aku cut. Lagipun aku rasa baju aku dah melambak kat almari tak di pakai. Tapi rasa nak beli sehelai dua lagi.. ahakss
Aku nie memang sophaholic betul lah.. Thats my bad habit..aku memang kena control my bad habit nie...
Nie listing barang yang aku beli ka Ikea :
1. Cadar merah Polarvid : 29.90
2. Asis Markethall : 5.00
3. NYTTja Frame :25.00
4. Bulb : 5.00
5. Pokok Bunga Spiral : 14.70
6. Ericskund Pic : 49.00
7. Fanby Vase : 29.00
8. Forvar Jar : 5.50
9. Lamp floor : 45.00
10.Slow Jar : 9.90
11.Slom Jar : 7.90
12. Mirror 3 set : 53.70
---------------
Total 275.80


tapi bila2 aku kemas2 tadi, aku puas hati..ye lah tgk rumah dah lawa...tak kisah lah melabur sikit. Kan nie raya pertama merayakan rumah baru...biar cantik dimata...huhuhuh..

Thursday, September 10, 2009

My birthday 090909

Dah tua setahun aku...tahun nie mcm tarikh keramat plak...090909. Samada good date or date.Jgan jadi tarikh Omen kuar setan sudah. Aku sebenarnya jarang sambut besday. Ye lah...hidup lonely nie..mcm malas nak celebrate2. Kalau kat kampung aku sambut ngan family je.Sambutan paling ringkas.Beli kek sebiji, lepas tu potong2 sama2 ngan adik beradik aku.
Yang specialnya family aku nie, adik beradik aku semua lahir bulan September. Aku 0909, adik bongsu lelaki aku 10.09 dan adik pompuan aku 26.09. Nak jadi senang kita org selebratelah sama-sama.
Tapi aku rasa tahun nie adalah yang paling special sambutan besday aku. Mula-mula mmg takde plan apa2.Lagilah bula puasa nie. Memang aku malas nak kuar. Tapi Idee makam sebelum tu ajak aku kuar, jumpa member2. Berbuka sama-sama. Oleh kerana lama tak jumpa member aku pun 'ON" je lah. Kita orang berbuka kat MCD Sunway Pyramid jer.
Lepas borak2, gelak2 sakan, gossip-gossip , kita orang plan lah nak pi mana lepas tu. Mula2 rminat plan nak pi tgk wayang lepas tu, tapi mcm tak berminat semua.Plan lah kita orang pi karaoke. Memang best giler, mcm2 lagu kita org perdendangankan. Baik lagu melayu, english and hindustan, semua kita balun. MMg happy sangat malam tu. Dapat member2 sekepala.
Thanks for Idee cause sponsor Jco Donut and Fairuz cause banjer karaoke, u are so cool. To Ijoy, Ash and Zai, u mmg rock..

Sesi naga selepas berbuka


Ijoy and Ash



Smile...........


Ni semua muka dah kenyang.












Saturday, September 5, 2009

15 Ramadhan...

Hari ni sudah masuk 15 puasa. Lama gak aku tak update blog..rasa bulan puasa nie mcm malas je plak....yelah balik keje terus je masak...aku malas nak beli2 kt luar..tak sedap ngan tak puas..
baik aku masak sendiri, even ringkas pun..air tangan sendiri...

Dah masuk 15 Ramadhan nie..banyak jugak aku tuang terawih...lepas berbuka..kenyang..start dah mengadap tv dan baring...apa lagi....mata pun sayup2 bukak katupnya...

Berbuka puasa kat rumah sendiri nie ada baik ada buruknya...yang baiknya...masak tak banyak...
yang buruknya...berbuka lah aku sorang2.Lone ranger...takpe .. lepas ni aku nak ajak2 lah member2 berbuka kat rumah aku..hilang rasa bosan aku sikit.......

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Berpuasa

Tup tap tup tap..........sekejab je kita menemui bulan Ramadhan..dan tahun ini jugalah aku mula berpuasa di rumah baru...lonely bersahur...lonely gak berbuka..tapi apa nak buat..itulah lumrah hidup bujang..huhuhuhu...

Diharap bulan puasa tahun nie..aku dapat banyak buat ibadat...kurangkan enjoy dan juga kurangkan berat badan..hahahahahah...moga2 sebulan berpuasa aku dapat kurangkan 4 kilo..
huhuhuhu. Jangan bulan puasa aku mentedarah sampai tak ingat dunia ..lepas berbuka terus je tido tak pi terawih...last last badan naik 10 kilo..hhahahhahahahaha

nie ada sedikit Fadhilat tentang bulan Ramadhan:

1. Bulan Ramadhan adalah:

  • Bulan yang penuh Barakah.
  • Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
  • Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
  • Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
  • Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).

2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :

  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
  • Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
  • Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).