Advertisement

Monday, February 18, 2008

Senam Seni

Semalam aku terlibat dengan acara Senam Seni yang diadakan kat Dataran Merdeka. Acara itu diadakan secara besar besaran dan terdiri daripada 10,000 ribu orang yang terlibat. Best gak.
Bersenam dipagi hari. Keluar peluh. Yang best tu ada artis yang terlibat. Yang aku nampak ada Syafinaz, Awal Shaari ngan Kenchana.

Acara Senam Seni

Lawa plak Merdeka Square ni..


Di hadiri oleh orang2 yang tidak pernah bersenam....


Cun sehhh..awek aku yang baru nie...huhuhuhu

Wednesday, February 6, 2008

Accident...

Hari Isnin yang lepas kejadian yang tidak diingini telah berlaku...mmg malang betul..aku dari rumah adik aku nak pergi terus ke kerja pada pagi tersebut. Malanganya ketika di highway di KM 446 tayar kereta aku telah tercabut. Terseret kereta aku selama beberapa KM...lepas tu tayar yang tercabut..bergolek ke tangah jalan dan terus dilanggar oleh sebuah kereta kancil. Kancil yang di pandu oleh seorang wanita bersama dua orang anaknya telah terbabas dan berlanggar dengan divider jalan. Tayar kereta kancil tersebut telah pecah. Suasana ketika itu mmg kelam kabut. KAcil tersebut telah tersadai di tengah-tengah jalan dan kereta dari arah belakang laju sbb jalan tersebut kawasan turunan bukit. Aku risau..takut..kancil tersebut dilanggar oleh kereta yang lain. Pemandu kereta kancil tersebut ngan anaknya still ada kat situ...

Aku dengan pantas keluar dari kereta aku....terus dapat kan pemandu kancil tersebut dengan anaknya. Aku suruh pemandu ngan anakya terus duduk di tepi jalan dan aku umpama polis traffik mengawal jalan raya tersebut dimana aku suruh kereta di bahagian kanan beralih kekiri. Suasana pagi dan mmg gelap amat bahaya. Kalau kereta atau lori tak nampak aku..mmg aku jadi katak pisang ler..kena rempuh kereta dan lori yang di pandu laju...Ya Allah..suasana mmg tidak terkawal..aku redha jer masa tu..

Tak lama kemudian...aku nampak traffik plus sampai..Alhamdullillah...dia yang mengawal keadaan jalan raya tersebut. Aku risau takut2 ada kecederaan pada pemandu kancil dan anak-anaknya....Pemandu tersebut tidak ada apa..anaknya yang sorang lagi bengkak kat leher..yang lagi sorang Alhamdullillah...tiada apa.. Keadaan masa tu cepatnya kereta tunda yang datang dari mana sampai dengan tauke2 bengkel sekali....

Apa2 dulu aku suruh tauke bengkel tu hantar pemandu kancil ngan2 anaknya ke hospital. Nasiblah depan tu susur keluar Hospital Sg Buluh. Memang dekat giler..... aku plak settle kan yang lain...

Kereta aku tak rosak sangat, tapi kancil tu yang teruk..apa lagi kena report polislah sebb kancil tu nak klim insurans aku. Aku pergi report kat Polis Rawang. Terbang RM300.00.
Lepas tu upah kereta tunda, towning keter aku ke bengkel RM150.00.
Masa tgh report kt balai, pemandu kereta kancil dan bersama anak2nya tu pun dah selesai check ngan doktor..Alhamdullillah semua takde apa....yang anaknya tu cuma bengkak sikit jer..tiada kecederaan dalaman...aku syukur sangat sbb ia melibatkan nyawa...

Kereta kancil tu hantar kt bengkel yang klim insuran ..manakala keter aku kena pakai duit aku sbb rosak kecil jer...siap semua RM390.00.

Yang aku hairan mcm mana tayar aku boleh tercabut? adakah salah kedai yang aku pasang sport rim tu dia pasang tak ketat? Aku telefon kedai tu..dia kata tak mungkin...sbb kalau tak ketat..masa drive test baik tayar tersebut dah tertanggal masa tu jugak..ada kebenaran jugak...
masa report tu polis ckp maybe ada orang nak cuba curi sport rim aku..tapi tak boleh bukak nutnya...tapi masa dia nak bukak nut tersebut...nut tersebut telah longgar...ada kebenarannya jugak...tapi aku redha..tu semua ujian dariNya..yang penting aku selamat..pemandu kancil nagn anak-anaknya pun selamat.Alhamdullilah...mcm mak aku ckp..duit boleh cari..nyawa nak cari kt mana?....