Advertisement

Thursday, March 13, 2008

Lamanya tak update....

Sekian lama tak update..rasanya hampir sebulan....busy giler lah...keje melambak..dan satu lagi penyakit "M" datang...tu yang lagilah takde mood...aku ringkaskan lah perjalanan hidup aku selama aku tak update nie...chewahhhh.................

1. 23 Feb 2008
- Survey rumah aku yang tgh pembinaan tu.Wah....dah nak siap...dah nampak bentuk rumah ler.
Suka nya..lamanya nak tunggu siap betul.Masa tgh tengok tu, mulalah berangan, nak pasang
lampu apa, decoration apa, interior design apa....heheheh...berangan betul....

2. 8 Mac 2008.
- Election Day. Aku semestinya balik kampung. Sapa yang tak sayang kampung tercinta wei...
Petang Jumaat lepas balik keje terus aku cabut balik. Dan korang mesti tahu, kalau Johor
parti apa yang kuat.Dan Undi aku..erm..undi adalah rahsia dan milik peribadi setiap orang
insan...hhehhehehehe... tapi yang ramai yang kata Johor nie kalau letak kayu pun..parti tu
boleh menang. Tapi sekarang nie aku rasa parti tu dah tergugat.Yelah selama nie
pembangkang memang tak boleh bolos..la nie dua Parlimen dah terlepas kt pembangkang.
Aku rasa itu pengajaran..ingat rakyat suka dan ikut je pemerintah boleh buat apa..
Sekarang nie 'RAKYAT TIDAK BODOH PEMIMPIN TIDAK PANDAI"
opssss....emo plak..

Nota Kaki : Undi adalah rahsia....hehehehhehe

3. 11 Mac 2008

- Saja jalan-jalan kat Carefour...tetiba mata aku terkesima dengan deretan yang berada dkt
tingkat barang-barang elektrik. TV Flat Skrin 29 inci jenama LG..cantik..idaman aku
(idaman aku TV 29 LCD skrin..till mahal lagi RM3999.00 ) Dua tiga kali aku pusing pusing
kat area TV tu. Cantik lah...tapi tengah2 bulan nie...tapi hati meronta-ronta nak tv tu..
Apa lagi aku beli jer lah ( tapi slot kad kredit lah...hehehehe)..

4. 12 Mac 2008



- Malam tadi aku ngan osmate plan nak masak kari kepala ikan. Kepala ikan tu dah lama
sikit kat peti ais tu. So apa lagi masak ler...osmate aku yang sorang tu masak ler.. aku tolong
apa yang patut..besar gak kepala ikan nie...isi jer...dia nak masak style mamak....tak ubuh
santan...lepas tu letaklah barang sampingan..mcm bende..tahu goreng, tomato and etc..
aku goreng telor dadar ngan ikan masin.. selesai je masak..terus je makan...mak aii...sedap
gak org bujang masak...habis kesemuanya...