Advertisement

Wednesday, October 29, 2008

Balik Kampung......Pertauliahan Ejal@Kerdil

Cuti Depavali yang lepas aku balik Segamat.Sambung cuti pada hari Selasa. Adikberadik aku semua tak balik.Zila tak balik sbb mak mentuanya nak datang rumahnya. Ejal@Kerdil plak busy ngan study weeknya. So..emak ajak lah balik rumah atuk kat Kulai Johor. Dua malam aku kat sana. Takde apa yang menarik lah.

Sebelum tu aku ngan family pi pertauliahan Ejal kat UKM. Pertauliahan Angkatan Tentera Darat Leftenan yang dia dapat. Wahhhhhhhhhhh..ramai giler kat kat sana....Semua angkatan tentera..termasuk tentera darat..tentera udara dan tentera laut bergabung untuk dapat pertauliahan tersebut. Bangga gak ngan adik aku sorang nie...dia dapat kadet terbaik dan seterusnya mengepalai kuatert tentera darat di USM. Aku pun sempat lah maik beberapa pic gambar kat sana..sambil berangan bila lah aku nak dapat pangkat LEftenan nie..ooopsss... gerenti tak dapat....sbb aku nie kategori kurang tinggi......................

Ejal yang mengepalai perbarisan bagi perwakilan USM

Me and my family........


Baju tak muat..songkok pun jadilah..huhuhuh

My youngest brother and my mum..

Me and my adik..........

Tuesday, October 21, 2008

Sambutan Hari Raya ILPKL

Sambutan Hari Raya nie diadakan pada 17/10/2008 kena pada hari Jumaat. Kalau ikutkan hati mmg malas nak pegi..sbb badan rasa tak sihat lagi.Kejab panas...kejab sejuk....demam mcm lum kebah lagi..tapi Mie dah ajak pi naik keter dia aku pun ikut je lah..kalau aku pi sendiri ..sori naik lori..mmg tak pi punya... Nasiblah aku dah stanby samping ngan songkok dari kampung.Sbb masa lepas raya tu mcm malas nak bawak..ingatkan nak pakai baju ngan kopiah lama tu..tapi bila diingatkan dah berapa tahun asyik baju tu baju tu jer....aku pun standby bawak..

Mcm nak menyanyi nasyid pun ada


huhuuh..Mcm citer Hati Malaya.......


Majlis start kul 8.00 mlm..sampai2 tgk dah ramai gak yang dah sampai... pilih2 meja..makan terus...masa tgh sedap2 makan baru pengarah sampai..hahahahahaha..cepat2 lap tangan sebab pengarah nak salam... Menu makanan mcm biasa...sate, lemang, nasi beriyani ngan lauk2nya, kambing bakar, dan semualah yang mempunyai kolestrol yang tinggi dan mudah bagi penyakit kat orang...hahahaha. Aku makan sikit jer..maklumlah tak sihat..demam....adalah sate dalam 30 cucuk jer...huhuhuh Mood nak amik gambar pun takde..kebanyakan gambar yang diamik kat luar dewan dan pada aku tahun nie kurang meriah sikit lah,,,tak tahu lah..naper ekkkk?

TAHUN DEPAN KITA TGK..KERUSI SAPA YG PENUH ..hehehe


Lepas jamuan tu dalam kul 10.30pm kitaorang lepak kt kedai mamak...terpacul lah kat mulut Majid ajak pi karaoke..apa lagi semua pakat nak pi lah...yang pi aku..Lie..Majid ngan Shahir..Dgn2 baju melayu tu kitaorang pi kat The Mines...Sampai sana kitaorang amik 10 lagu..
sorang dua lagu...dua lagi lagu duet....Pilihan lagu yang dipilih adalah....

Aku : Pecinta wanita dan Pelamin anganku musnah...hahahahahaha
Majid : Akulah kekasihmu...dan Berpisah Jua (Ziana Zain)..erkkkkkkkkkkk
Shahir : Rendang tak Berbuah dan Dua Insan Bercinta....erkkk
Mie : Ku Dihalaman Rindu dan Cinta Pantai MErdeka..
Duet : Kocok-kocok dan C.I.N.T.A


Ku Angankan Pelamin Indah..untuk kita berdua singgah

Hadiah sempena karaoke terburuk..huhuhuhuhu


Lepas tu memang semua dah memang buang tebiat dengan2 baju melayu kita layan satu game main boling...huhuhuhu semua orang kiri kanan tgk kitaorang main. Sapa kata baju Melayu tak leh bersukan...dalam kul 2.00am barulah kitaorang balik dan zZzZZzzZZZZZZ

Fuyoohhhh..Mcm Shalin Zulkifli


Ni ala-ala tarian twist..huhuhuhuhuh


Ni lah geng2 bujang yang tinggal...

Monday, October 13, 2008

Jalan-jalan di Sungai Petani

Actually...dah lama aku merancang nak jalan-jalan di sungai petani..tapi dengan kesibukan aku dan juga Remy( member aku yg stay di SP ) tak menjadi..tapi last2 on the spot Remy ajak pegi rumah dia..apa lagi aku terus beli tiket bus dan turun SP pada 10hb 10 2008. Naik bus dalam kul 10.30 mlm dan sampai sana dalam kul 4.30 pagi. Sampai sana Remy dah tgu kau kat bus stand.

Pagi Sabtu 11/10 aku dah berkemas-kemas nak pi ronda-ronda. Mula- mula kita pi kat air terjun Tupah.Citer pasal Tupah teringat CD Tupah yang aku pinjam dari member aku..hik hik hik..
abis Remy kena kutuk ngan aku..sampai sana sempat lah aku snap beberapa gambar. Kita orang tak mandi pun..cuma lepak2 kat sana. Tak ramai orang kat sana.Maybe masih cuti raya..ataupun sana mmg line clear..(patutlah leh buat 'CD' kat sana..hik hik hik)...

Signboard Ke Tupah.

Air Terjun Tupah

Tak jauh dari Tupah tu kita pegi melawat Muzium Akeologi Lembah Bujang. Kat sana banyak peninggalan sejarah macam Candi, patung2 ukiran, dan juga sejarah akeologi. Mcm belajar sejarah plak..banyak gak amik pic kat sana..Berpeluh gak ler..jalan2 round keliling sana dan last sekali kita masuk dalam muzium tu. Baru lah ada aircond. Dalam muzium tu banyak bende yang dipamerkan.Antaranya patung2...batu2 bersurat dan sebagainya.




Nie Air terjun kat Lembah Bujang


Makan nie namanya Candi Pendiat





Lepas tu kita pegi plak singgah ke Tanjung Dawai. Kat sana ada pantai.Tapi pantainya tak leh mandi.Sbb airnya kotor.Tapi kalau nak beli hasil laut yang fresh mcm ikan bilis, ikan kering, sotong kering atau keropok memang lah banyak giler. Murah pun murah. Kat sana sempat lah sekali dua aku snap gambar kat sana dan sikit shopping kat sana. Kat sana kita orang lepak lama gak. Tapi sbb tahap kepanasan yang melampau kita org decide nak balik.So tak jadilah kita orang nak tunggu sampai maghrib.Ingatkan nak tgk sunset kat sana..





Suasana yang indah kat Tanjung Dawai..teror tak aku amik gambar..hik hik



Kedai nie lah yang jual hasil makanan laut



Pic nie aku amik masa perjalanan..dalam kereta..

Malam2 kita orang jalan2 satu SP. Ronda2..lepak kat dataran dan makan makan.Aku lupa bawak kamera..so takdelah gambar..hikhikhik..

Hari ahad aku pun balik KL..Naik bus kul 9.30 pagi..sampai kl..dalam kul 4.30. Memang best jalan2 mcm nie..on the spot plak tu..kalau merancang lama..mmg tak menjadi punya...
Bak kata sapa ekk...Semuanya ada di Malaysia...Mari kita melancong di Malaysia..

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua..hari nie hari kedua aku masuk kerja...moodraya dan malas aku masih ada lagi...masuk kelas aku kasi tugasan jer..malas nak lecture...

Raya lepas pada aku mcm kurang meriah lah...maybe sbb arwah atuk lelaki aku dah meninggal..
Lepas semabahyang raya..tradisi minta maaf kat emak aku..adik beradik aku..atuk perempuan aku..mak dan pak sedara aku..sepupu sepapat aku...and then..makan raya..and last amik gambar beramai-ramai...

keluarga 3 keturunan..huhuhuuuhuhuh