Advertisement

Tuesday, August 23, 2011

Seminggu lagi nak raya...

Oklah..celik mata...pejam mata...dah nak sambut raya...tahun ni rasa nak sambut ala kadar jer..tak nak membazir duit bonus aku tu..heheheeheh..apa2 untuk kawan2, sahabat taulan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


Tuesday, January 18, 2011

Gambar nie pernah menang...

Gambar gajah nie pernah menang kat Digital Camera tahun 2007. Aku akan tunjukkan antara gambar asal dengan gambar selepas editing.

Gambar Asal


Langkah-langkah untuk membuat editing:

1. Buka software photoshop dan buka file gambar gajah tersebut. Kalau yang ingin di edit tu pic gajah lah..hehehehhe



2. Pada tool bar kat atas tu ada satu menu Image ---> Adjustment --------> Level and klik



3. Selepas klik akan keluar satu menu LEVEL. Kat channel tu pilih RGB. RGB tu bermasuk R:Red , G:Green. B: BLue. Itu adalah warna-warna asas pada setiap gambar. Gabungan warna-warna asas tu akan menghasilkan warna-warna sampingan seperti kuning, magenta dan sebagainya. Tujuan LEVEl ini adalah untuk men'adjust' warna-warna primer tersebut.



4. Kat situ akan keluar satu graf untuk LEVEL tersebut. kat bawah graf tu ada tiga titik yang boleh digerakkan. Korang boleh cuba menggerakkan titik tersebut untuk bermain ngan perubahan pada color gambar tersebut.



5. Untuk mendapatkan LEVEl yang tepat, setiap titik tu mestilah berada pada awal dan hujung graf tersebut naik dan turun.



6. Lepas tu, klik kat IMAGE -------> ADJUSTMENT-------->CURVES.



7. CURVES adalah untuk adjust tone warna pada gambar.



8. Adjust CURVES tersebut mengikut citarasa yang unik dan menarik pada gambar tersebut. Pada aku pic tu dah menarik lah kowt...huhuhuhuhuhu. CURVES yang cantik biasa berbentuk S pada graf. Dah siap..klik ok...............


9. Inilah hasil gambar selepas Editing.... huhuhuhu.

Gambar Selepas Editing.


Lamanya tak update...

Since 13 September 2009 sehingga sekarang 19 jan 2011, wahhhhhhhh..dah bersawang , berkulat, berlalat blog aku nie tak berupdate. Mula-mula blog aku nie di cipta untuk luahan hati aku, segala sumpah seranah yang aku simpan akan aku luahkan kat blog aku. Tapi bila difikirkan baik aku gunakan blog aku ni untuk kebaikan dan pembelajaran bersama.

Ok..oleh sebab aku nie minat fotografi dan editing..so aku gunakan lah blog aku nie untuk fotografi dan editing. Aku akan luahkan segalan bentuk pembelajaran dalam skill fotografi dan editing. Aku pun masih banyak yang perlu dipelajari, so dalam ertikata yang sebenar, KITA BELAJAR SAMA-SAMA LAH YER....

So entry aku yang dari yang dari 2007 hingga 2009 tu korang abaikan je lah yer... Hehehhe
Mengenai fotografi aku hanya guna kamera cikai jer yang telah banyak berjasa kat aku. Antara jasa yang paling besar kat aku adalah Menang Hotshot kat Digital Camera pada Jan 2007 , dua kali masuk Majalah Digital Hot Shot pada bulan September 2006 dan bulan Mac 2007.
Camera yang aku gunakan adalah FujiFinepix 9500. Dan untuk editing aku gunakan Adobe Photoshop CS3.


Preview dari hadapan


Privew dari atas


Preview dari belakang.

So sebab aku gunakan kamera yang tidaklah sebaik performance Canon dan Nikon , aku memerlukan bahan perisa untuk memantapkan atau mencantikkan lagi gambar aku. so aku gunakan lah Adobe Photoshop.