Advertisement

Friday, December 5, 2008

Twilight for 2nd time

Semalam aku tgk citer Twilight lagi..tak tahu lah citer nie..pada aku best giler....ngan lagu-lagunya yang keep in rockin...member aku cakap citer ni lembab..pada aku citer nie paling best...even aku dah baca novelnya yang mcm banyak kekurangan pada filem nie..bit i love this movie..

paling best..scene baseball....u can watch this.................

Thursday, December 4, 2008

Final Exam My Student


To all my student di ucapkan selamat mengadapi peperiksaan akhir. Hadapi dengan tenang, jawab jangan gugup dan jangan gelabah. Anggapkan soalan tu kacang ..kalau susah jawab jer..biarpun jawapan tu merepek meraban..hahahahahaahaahahhahaah

dan Selamat Menyambut Hari Raya AldilAdha juga........

Tuesday, December 2, 2008

Weekend yang busy...

Hari sabtu lepas aku ingat tak nak keluar...last2 bosan sgt..aku pi lah Jusco Cheras Selatan..saja2 window shopping dan nak tebus kupon Jusco tu...rupanya2 tak boleh tebus lagi..huhuhuhu buat malu den jer...and then aku survey2 lah kat TGV cinema...erm..banyak citer tak menariklah...tapi layanlah lah jugak..aku beli dua tiket movie..1st beli movie Quarantine..and 2nd aku beli Twilight..

Nie komen dari aku lah..( mcm pengkritik filem plak )...



QUARANTINE...

Mula - mula citer nie agak bosan..lepas tu aku tgk kamera asyik bergoyang jer...rupa2nya rakaman filem amatur...sapa yang pernah tgk citer Cloverfield..mcm tulah citernya...mengisahkan seorang wartawan dan Cameraman...yang merakamkan sehari bersama bomba..1st slot...dia rakamlah kisah bomba kat balai...kerja-kerjanya dan tugasnya lah..

Lepas tu balai bomba tu dapat satu call kata ada satu kes aneh berlaku kat satu apartment ..sukalah wartawan tu...dia ingatkan tugasnya mcm padam kebakaran ke...rupanya2 semua penghuni apartment tu dah dijangkiti virus and semuanya dah jadi zombie...lepas tu pulak..semua anggota polis..wartawan tu dan cameraman terperangkap kat apartment tu sbb pihak gov dah quarantine apartment tu..tu yang bermula zombie menyerang..mcm mana mereka survive dan mcm mana mereka mengelakkan dari terkena jangkitan tu...

Citer ni seram giler ada..bab2 makan orang...ada potong2 kepala..sebb tu lah 18PL..aku kasi 7/10 bintang..huhuhuhuh





TWILIGHT

citer ini mengisahkan sekumpulan pontianak baik yang duduk kat populasi manusia..konon kononnya pontianak vegetarian lah nie..kalau dia minum darah pun dia minum darah haiwan..
dan pontianak nie jatuh cinta ngan gadis manusia biasa..mula2 gadis nie takut lah..tapi bila dia tengok kebaikan pontianak nie..dia pun sama2 jatuh cinta...

dan rupa-rupanya gadis nie jadi rebutan pontiana jahat yang suka makan orang..apa lagi berlakulah pertarungan diantara pontianak baik ngan pontianak jahat..masa scene fight yang best... real punya gaduh... lagi satu masa main baseball...gempak giler pontianak main baseball..
ngan terbang nya...ngan gaduh nie...lagi best...masa main baseball..gadis manusia tu yang jadi judge..huhuhu..lagilah havoc...citer nie aku kasi 8/10 bintang


Monday, November 24, 2008

Camping Di Hulu Pangsun

Weekend lepas Bina mahir ada buat camping kat Ulu Pangsun , Hulu Langat. Aku pun joint ikut. Kalau ikutkan malas, tapi sebab takde orang yang follow aku pun Joint...nasiblah aktiviti pihak pengurusan yang handle , ajk cuma jadi tukang masak jer...aku pun tolong lah masak sambil mandi manda. Tapak perkhemahan oklah...cuma malam hujan. Nasiblah khemah ok..tak bocor..kalau tak tidurlah dalam hujan...


Gaya Mak Limah pulang dari pasar




Seisi Control Macho

Makan time...


Abseiling

Rewang kenduri kendara...huhuhuhuhuh

Wednesday, November 12, 2008

Minggu Dugaannnnnnnnnnnn...........

Masa Deepavali tu aku balik kampung.Sambung cuti sehari. Mak ajak balik rumah atuk kat Kulai.
Aku on jer.............Lepas cuti tu aku tak berapa sihat. Demam....and paling sakit bila aku nak buang air besar. Aduhai...aku nie nak kena buasir ke? Sebabnya aku nie memang kaki pedas..kaki cili api..
semuanya aku bedal...pi klinik kerajaan dia beri ubat buasir...Hampir 2 minggu aku sakit kat tutttttttttt bila nak buang air besar. Tak jalan ke ubat yang doktor beri nie? Aku pun nekad pegi klinik swasta...Doktor pun chech kat aku punya tuttttttttttt tu. Doktor tu cakap sebenarnya aku bukan kena buasir..tapi rupanya ada ketumbuhan ...Terperanjat aku..selama nie aku tak kena buasir lah..bengong punya doktor kerajaan..salah periksa..salah kasi ubat...selama nie aku makan salah ubatlah..patut ler tak baik2...DOktor kata..dia akan beri ubat dulu...kalau tak surut gak...aku kena buat operation buang ketumbuhan mcm bisul tu.....

Alhamdullillah..setakat tu...ketumbuhan tu makin mengecut dan rasa sakit dan pedih makin kurang..tak lah tersiksa aku nak pegi keje...Memang terasa siksa..nak jalan susah...pedih je kat tuttttttttttttttt tu. Aku berdoa semoga aku cepat sembuh dan jalankan kehidupan seperti biasa.

Wednesday, October 29, 2008

Balik Kampung......Pertauliahan Ejal@Kerdil

Cuti Depavali yang lepas aku balik Segamat.Sambung cuti pada hari Selasa. Adikberadik aku semua tak balik.Zila tak balik sbb mak mentuanya nak datang rumahnya. Ejal@Kerdil plak busy ngan study weeknya. So..emak ajak lah balik rumah atuk kat Kulai Johor. Dua malam aku kat sana. Takde apa yang menarik lah.

Sebelum tu aku ngan family pi pertauliahan Ejal kat UKM. Pertauliahan Angkatan Tentera Darat Leftenan yang dia dapat. Wahhhhhhhhhhh..ramai giler kat kat sana....Semua angkatan tentera..termasuk tentera darat..tentera udara dan tentera laut bergabung untuk dapat pertauliahan tersebut. Bangga gak ngan adik aku sorang nie...dia dapat kadet terbaik dan seterusnya mengepalai kuatert tentera darat di USM. Aku pun sempat lah maik beberapa pic gambar kat sana..sambil berangan bila lah aku nak dapat pangkat LEftenan nie..ooopsss... gerenti tak dapat....sbb aku nie kategori kurang tinggi......................

Ejal yang mengepalai perbarisan bagi perwakilan USM

Me and my family........


Baju tak muat..songkok pun jadilah..huhuhuh

My youngest brother and my mum..

Me and my adik..........

Tuesday, October 21, 2008

Sambutan Hari Raya ILPKL

Sambutan Hari Raya nie diadakan pada 17/10/2008 kena pada hari Jumaat. Kalau ikutkan hati mmg malas nak pegi..sbb badan rasa tak sihat lagi.Kejab panas...kejab sejuk....demam mcm lum kebah lagi..tapi Mie dah ajak pi naik keter dia aku pun ikut je lah..kalau aku pi sendiri ..sori naik lori..mmg tak pi punya... Nasiblah aku dah stanby samping ngan songkok dari kampung.Sbb masa lepas raya tu mcm malas nak bawak..ingatkan nak pakai baju ngan kopiah lama tu..tapi bila diingatkan dah berapa tahun asyik baju tu baju tu jer....aku pun standby bawak..

Mcm nak menyanyi nasyid pun ada


huhuuh..Mcm citer Hati Malaya.......


Majlis start kul 8.00 mlm..sampai2 tgk dah ramai gak yang dah sampai... pilih2 meja..makan terus...masa tgh sedap2 makan baru pengarah sampai..hahahahahaha..cepat2 lap tangan sebab pengarah nak salam... Menu makanan mcm biasa...sate, lemang, nasi beriyani ngan lauk2nya, kambing bakar, dan semualah yang mempunyai kolestrol yang tinggi dan mudah bagi penyakit kat orang...hahahaha. Aku makan sikit jer..maklumlah tak sihat..demam....adalah sate dalam 30 cucuk jer...huhuhuh Mood nak amik gambar pun takde..kebanyakan gambar yang diamik kat luar dewan dan pada aku tahun nie kurang meriah sikit lah,,,tak tahu lah..naper ekkkk?

TAHUN DEPAN KITA TGK..KERUSI SAPA YG PENUH ..hehehe


Lepas jamuan tu dalam kul 10.30pm kitaorang lepak kt kedai mamak...terpacul lah kat mulut Majid ajak pi karaoke..apa lagi semua pakat nak pi lah...yang pi aku..Lie..Majid ngan Shahir..Dgn2 baju melayu tu kitaorang pi kat The Mines...Sampai sana kitaorang amik 10 lagu..
sorang dua lagu...dua lagi lagu duet....Pilihan lagu yang dipilih adalah....

Aku : Pecinta wanita dan Pelamin anganku musnah...hahahahahaha
Majid : Akulah kekasihmu...dan Berpisah Jua (Ziana Zain)..erkkkkkkkkkkk
Shahir : Rendang tak Berbuah dan Dua Insan Bercinta....erkkk
Mie : Ku Dihalaman Rindu dan Cinta Pantai MErdeka..
Duet : Kocok-kocok dan C.I.N.T.A


Ku Angankan Pelamin Indah..untuk kita berdua singgah

Hadiah sempena karaoke terburuk..huhuhuhuhu


Lepas tu memang semua dah memang buang tebiat dengan2 baju melayu kita layan satu game main boling...huhuhuhu semua orang kiri kanan tgk kitaorang main. Sapa kata baju Melayu tak leh bersukan...dalam kul 2.00am barulah kitaorang balik dan zZzZZzzZZZZZZ

Fuyoohhhh..Mcm Shalin Zulkifli


Ni ala-ala tarian twist..huhuhuhuhuh


Ni lah geng2 bujang yang tinggal...

Monday, October 13, 2008

Jalan-jalan di Sungai Petani

Actually...dah lama aku merancang nak jalan-jalan di sungai petani..tapi dengan kesibukan aku dan juga Remy( member aku yg stay di SP ) tak menjadi..tapi last2 on the spot Remy ajak pegi rumah dia..apa lagi aku terus beli tiket bus dan turun SP pada 10hb 10 2008. Naik bus dalam kul 10.30 mlm dan sampai sana dalam kul 4.30 pagi. Sampai sana Remy dah tgu kau kat bus stand.

Pagi Sabtu 11/10 aku dah berkemas-kemas nak pi ronda-ronda. Mula- mula kita pi kat air terjun Tupah.Citer pasal Tupah teringat CD Tupah yang aku pinjam dari member aku..hik hik hik..
abis Remy kena kutuk ngan aku..sampai sana sempat lah aku snap beberapa gambar. Kita orang tak mandi pun..cuma lepak2 kat sana. Tak ramai orang kat sana.Maybe masih cuti raya..ataupun sana mmg line clear..(patutlah leh buat 'CD' kat sana..hik hik hik)...

Signboard Ke Tupah.

Air Terjun Tupah

Tak jauh dari Tupah tu kita pegi melawat Muzium Akeologi Lembah Bujang. Kat sana banyak peninggalan sejarah macam Candi, patung2 ukiran, dan juga sejarah akeologi. Mcm belajar sejarah plak..banyak gak amik pic kat sana..Berpeluh gak ler..jalan2 round keliling sana dan last sekali kita masuk dalam muzium tu. Baru lah ada aircond. Dalam muzium tu banyak bende yang dipamerkan.Antaranya patung2...batu2 bersurat dan sebagainya.




Nie Air terjun kat Lembah Bujang


Makan nie namanya Candi Pendiat





Lepas tu kita pegi plak singgah ke Tanjung Dawai. Kat sana ada pantai.Tapi pantainya tak leh mandi.Sbb airnya kotor.Tapi kalau nak beli hasil laut yang fresh mcm ikan bilis, ikan kering, sotong kering atau keropok memang lah banyak giler. Murah pun murah. Kat sana sempat lah sekali dua aku snap gambar kat sana dan sikit shopping kat sana. Kat sana kita orang lepak lama gak. Tapi sbb tahap kepanasan yang melampau kita org decide nak balik.So tak jadilah kita orang nak tunggu sampai maghrib.Ingatkan nak tgk sunset kat sana..





Suasana yang indah kat Tanjung Dawai..teror tak aku amik gambar..hik hik



Kedai nie lah yang jual hasil makanan laut



Pic nie aku amik masa perjalanan..dalam kereta..

Malam2 kita orang jalan2 satu SP. Ronda2..lepak kat dataran dan makan makan.Aku lupa bawak kamera..so takdelah gambar..hikhikhik..

Hari ahad aku pun balik KL..Naik bus kul 9.30 pagi..sampai kl..dalam kul 4.30. Memang best jalan2 mcm nie..on the spot plak tu..kalau merancang lama..mmg tak menjadi punya...
Bak kata sapa ekk...Semuanya ada di Malaysia...Mari kita melancong di Malaysia..

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua..hari nie hari kedua aku masuk kerja...moodraya dan malas aku masih ada lagi...masuk kelas aku kasi tugasan jer..malas nak lecture...

Raya lepas pada aku mcm kurang meriah lah...maybe sbb arwah atuk lelaki aku dah meninggal..
Lepas semabahyang raya..tradisi minta maaf kat emak aku..adik beradik aku..atuk perempuan aku..mak dan pak sedara aku..sepupu sepapat aku...and then..makan raya..and last amik gambar beramai-ramai...

keluarga 3 keturunan..huhuhuuuhuhuh

Tuesday, September 9, 2008

Puasa Yang Ke -9 And My Birthday (09/09/08)

Hari nie tanggal 9hb 9 2008 merupakan hari jadi aku yang ke30.. erkk..dah tua kan..
malam tadi banyak gak dapat wish dari member2 aku...family aku...dan juga student aku..
Hairan gak aku..dari mana dia dapat tahu tarikh besday aku tu...nak kena siasat CSI sorang2 nie..
anyway..happy gak aku..yelah org ingat besday kita..dan wish kat kita..sapa tak suka kan..even takde hadiah pun..wish tu dah worth it untuk aku..antara wish2 yang diorang hantar adalah..

1. Zilla ( Adik Aku ) 12.03 am
Happy Bday, semuga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dipercepatkan jodoh (erkkk)..

2. Mak Usu 12.07 am
Happy bthday 2 u, u born in the zoo, like a mongkey and kanggaroo, happy bthday 2 u..
hhuhuhuhuhuhuhuhuhuuuh..
3. Ekin ( Student ) 12.09 am
Aslkum...Good Moning..EN COMEL..HAPY BFDAY..smgapjng umo dn murah rezeki.. a still
cute always ..daa.....

4. Aisyah (Student) 12. 11 am
Alkum..Good Morning Cik CHUMELL..epy besday!! n moga pnjg umur and eppy2 selalu..a still
cute and humble as always ...dadaaaaa....

5. Norie ( Student ) 12.12 am
Assalamualaikum..eppy besday CIk Comel..smoga pnjg umur and murah razeki..still smile
always..daaadiiduuuuuuuuu..
6. Farizna ( Student ) 12.14 am
Assalamualaikum..eppy besday CIk Comel..smoga pnjg umur and murah razeki..still smile
always..daaadiiduuuuuuuuu..

7. Farahana ( Student ) 12.15 am
Aslkum...Good Moning..EN COMEL..HAPY BFDAY..smgapjng umo dn murah rezeki.. a still
cute always ..daa.....

Ayat2 student aku nie sama jer...mcm copy & paste...huhuhuhu

8. Zaynieth 12.17 am
Happy Birthday

9. Iz Segambut. 12.20 am
Happy Birthday. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Kepada sesiapa yang wish aku tu..Thank U Very Much...love u all always...


Happy besday to me..happy besday to me..Happy besday ro me Fadzli...Happy besday to me.....
kuikuikui...........

Thursday, September 4, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Kepada Semua Umat Islam...saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa...

Monday, August 18, 2008

Kinabalu....aku merinduimu...

08/08/08 ( tarikh keramat tu)

Plan aku mendaki gunung kinabalu akhirnya menjadi.Naik flight pada pkl 6.30pm sampai di Kota Kinabalu dalam pukul 9.00 malam. Terus kita lepak kat ILP KK. Paginya kita menyewa van dan terus pi ke Kinabalu park.

Nie...geng- geng yang yang pegi..


09/08/08

Mula pendakian pada Tim Pohon. Guider kita orang diwakili oleh Peter dan Anthony. Sebelum mendaki Guider beri sedikit penerangan dan juga pantang larang semasa mendaki. Banyak gak lah 'bende-bende' yang kita orang tak tahu dia orang terangkan. Mula pendakian start pada pukul 9.00 pagi.

Maka disitu bermula lah pendakian dari Tim Pohom ke Laban Rata. Jarak diantara tersebut adalah lebih kurang 8KM. Mula-mula mendaki ramai-ramai. Lama kelamaan semakin berkurangan dan membawa haluan masing-masing. Yang larat dia orang jalan dulu lah...yang tak larat diaorang jalan slow-slow. Aku yang masuk kategori masih larat jalan lah ikut kelompok yang pertama tu. Permandangan mmg cantik.Pokoknya yang renek..mmg tak pernah aku tengok kat Semenanjung. Kat sana kalau penat kita boleh berehat kat pondok yang disediakan. Kat pondok tu ada disediakan air dgn toilet. So kita boleh duduk kat situ.

Memang jauh terasa perjalanan. Aku jalan dan tak ikut group sbb jenis aku nie kalau jalan slow2 kaki aku cepat penat. So aku jalan laju2 sikit. Jadi aku dah terpisah ngan group tadi. Sambil jalan aku amiklah gambar permandangan kat sana. Kat sana ada lima pondok untuk sampai kat Tim Pohon. Kalau berenti kat pondok kita akan dikunjungi oleh tupai2 yang jinak. Dia akan mengendeng kita makanan terutamanya coklat. sambil aku makan coklat ..sambil tu lah aku kasi tupai-tupai tu sikit. ..

Aku masih teruskan perjalanan..tgk awan dah mendung..nie kalau jalan slow2 nie gerenti aku kena hujan...so aku cepatkan lah perjalanan..akhirnya sampailah aku kat Laban Rata..lebih kurang aku sampai dalam pukul 1.30.. sampai2 sana hujan turun.Alhamdulillah aku tak kena hujan...

Cantik pokok-pokok kat sini..

Mamat Italy..namanya Fred..beriya dia nak bergambar ngan aku

10/08/08

Untuk mendaki kepuncak...setiap pendaki kena start pada pukul 2.00 pagi. Kita orang dah bersiap sedia dgn guider. Cuaca pada pagi tu mmg sejuk giler....pakai baju tebal pun amsih terasa lagi..maklumlah baru lepas hujan.. Guider tu pesan awal-awal..untuk sampai ke pintu gate(Sayat-sayat) sebelum kul 5.30am. Kalau tak pintu gate tu akan ditutup dan tak boleh masuk lagi. Pendakian pagi tu mmg mencabar giler..sejuk....hujan.....dan track licin..mmg dugaan lah.. tapi aku kuatkan semangat..aku dah tak ikut group aku lagi..aku mendaki ikut gorup lain sbb group aku ramai dah pancit...aku semangatkan diri untuk sampai ke puncak..maklumlah..dah banyak melabur....takkan tak nak sampai ke puncak...

Aku tiba di pintu Gate lebih kurang kul 4.45am. Time tu mmg dah berkabus giler dan sejuknya..tak tahulah aku cak cakap..Hingus yang mengalir kat hidung nie..boleh beku dan bernafas kat mulut jer..lepas tu yang paling mencabar ialah mendaki tali...mak aii..dugaannya...
kalau tak sabar rasa mcm nak patah balik jer....

At last sampai gak aku kat puncak...dalam pukul 6.00am....aku apa lagi snaplah apa yang patut..kang jab lagi kabus tebal...tak berapa lama..kabus pun muncul..kita orang pun nak turun..
Akhirnya yang berjaya sampai kepuncak adalah 3 orang jer(termasuk aku ) ..terror gak aku nie
huhuhhu..Alhamdulillah...InsyaAllah lepas nie Kinabalu akan ku tawan lagi...



Sampai gak aku kat puncak





Cantik permandangan kat sini