Advertisement

Monday, August 18, 2008

Kinabalu....aku merinduimu...

08/08/08 ( tarikh keramat tu)

Plan aku mendaki gunung kinabalu akhirnya menjadi.Naik flight pada pkl 6.30pm sampai di Kota Kinabalu dalam pukul 9.00 malam. Terus kita lepak kat ILP KK. Paginya kita menyewa van dan terus pi ke Kinabalu park.

Nie...geng- geng yang yang pegi..


09/08/08

Mula pendakian pada Tim Pohon. Guider kita orang diwakili oleh Peter dan Anthony. Sebelum mendaki Guider beri sedikit penerangan dan juga pantang larang semasa mendaki. Banyak gak lah 'bende-bende' yang kita orang tak tahu dia orang terangkan. Mula pendakian start pada pukul 9.00 pagi.

Maka disitu bermula lah pendakian dari Tim Pohom ke Laban Rata. Jarak diantara tersebut adalah lebih kurang 8KM. Mula-mula mendaki ramai-ramai. Lama kelamaan semakin berkurangan dan membawa haluan masing-masing. Yang larat dia orang jalan dulu lah...yang tak larat diaorang jalan slow-slow. Aku yang masuk kategori masih larat jalan lah ikut kelompok yang pertama tu. Permandangan mmg cantik.Pokoknya yang renek..mmg tak pernah aku tengok kat Semenanjung. Kat sana kalau penat kita boleh berehat kat pondok yang disediakan. Kat pondok tu ada disediakan air dgn toilet. So kita boleh duduk kat situ.

Memang jauh terasa perjalanan. Aku jalan dan tak ikut group sbb jenis aku nie kalau jalan slow2 kaki aku cepat penat. So aku jalan laju2 sikit. Jadi aku dah terpisah ngan group tadi. Sambil jalan aku amiklah gambar permandangan kat sana. Kat sana ada lima pondok untuk sampai kat Tim Pohon. Kalau berenti kat pondok kita akan dikunjungi oleh tupai2 yang jinak. Dia akan mengendeng kita makanan terutamanya coklat. sambil aku makan coklat ..sambil tu lah aku kasi tupai-tupai tu sikit. ..

Aku masih teruskan perjalanan..tgk awan dah mendung..nie kalau jalan slow2 nie gerenti aku kena hujan...so aku cepatkan lah perjalanan..akhirnya sampailah aku kat Laban Rata..lebih kurang aku sampai dalam pukul 1.30.. sampai2 sana hujan turun.Alhamdulillah aku tak kena hujan...

Cantik pokok-pokok kat sini..

Mamat Italy..namanya Fred..beriya dia nak bergambar ngan aku

10/08/08

Untuk mendaki kepuncak...setiap pendaki kena start pada pukul 2.00 pagi. Kita orang dah bersiap sedia dgn guider. Cuaca pada pagi tu mmg sejuk giler....pakai baju tebal pun amsih terasa lagi..maklumlah baru lepas hujan.. Guider tu pesan awal-awal..untuk sampai ke pintu gate(Sayat-sayat) sebelum kul 5.30am. Kalau tak pintu gate tu akan ditutup dan tak boleh masuk lagi. Pendakian pagi tu mmg mencabar giler..sejuk....hujan.....dan track licin..mmg dugaan lah.. tapi aku kuatkan semangat..aku dah tak ikut group aku lagi..aku mendaki ikut gorup lain sbb group aku ramai dah pancit...aku semangatkan diri untuk sampai ke puncak..maklumlah..dah banyak melabur....takkan tak nak sampai ke puncak...

Aku tiba di pintu Gate lebih kurang kul 4.45am. Time tu mmg dah berkabus giler dan sejuknya..tak tahulah aku cak cakap..Hingus yang mengalir kat hidung nie..boleh beku dan bernafas kat mulut jer..lepas tu yang paling mencabar ialah mendaki tali...mak aii..dugaannya...
kalau tak sabar rasa mcm nak patah balik jer....

At last sampai gak aku kat puncak...dalam pukul 6.00am....aku apa lagi snaplah apa yang patut..kang jab lagi kabus tebal...tak berapa lama..kabus pun muncul..kita orang pun nak turun..
Akhirnya yang berjaya sampai kepuncak adalah 3 orang jer(termasuk aku ) ..terror gak aku nie
huhuhhu..Alhamdulillah...InsyaAllah lepas nie Kinabalu akan ku tawan lagi...



Sampai gak aku kat puncak





Cantik permandangan kat sini