Advertisement

Tuesday, July 22, 2008

Sangeetha

Malam tadi aku tak buat apa2. Just lepak2 kat rumah.Maklumlah penat pi mendaki kat Perkampungan lawai tu..kaki still rasa sengal2 lagi. Nak keep in relaxing and simpan tenaga.. Maklumlah bulan lapan nie nak pi Gunung Kinabalu..kenalah simpan tenaga...hehehehe..

Masa aku kemas2 almari aku yang selepah tu...ternampak lah novel yang aku pinjam dari adik aku..dah sebulan aku pinjam tapi still tak baca-baca lagi...aku zaman2 baca novel nie mmg dah habis dah..paling last aku baca novel Salina by A Samad Said. Ayat2 cinta yang dari Indon pun aku tak abis baca..tak boleh bawak ler...heheheh...

Tapi novel yang adik aku suruh baca nie lain dari yang lain katanya..menyesal kalau tak baca..
aku pun ambil je lah. Lepas ambil tu aku letak je dalam almari.hehehehehhe.. tajuk novel tu Sangeetha..penulis Azizi Haji Abdullah...

Aku pun start membaca novel yang bermuka surat 566 ini. Mula-mula intronya aku dah dapat rasakan novel nie best...Bahasanya sungguh indah tapi mudah difahami...aku pun teruskan membaca novel sampai habis. Lebih kurang pukul 1.30 baru habis aku melayan novel nie. Aku tgk berkali-kali penulis nie..sapa yer? masakkan aku tak kenal sbb dulu masa zaman sekolah aku mmg kaki novel..semua novel aku baca..dari novel ala2 bodoh Ahadiat Akasyah..Lamia Aimail.. A Samad Said...semua aku layan. Tapi nama Azizi Haji Abdullah tak terpacul pun dalam minda aku..last2 baru aku ingat.Inikah penulis yang menulis novel Orang Tua Di Kaki Gunung? Novel yang dibaca berpuluh-puluh kali pub tak jemu? Ya..betul inilah orangnya....

Patutlah novel nie mmg best dan berisi. Aku teingat lagi novel simpanan mak aku yang bertajuk Senja Belum Berakhir dan Ayah Bonda yang aku baca masa sekolah menengah dulu. Mak aku pun kaki novel jugak.Maybe aku nie bak kata org mana tak turunnya kuah kalau tak ke nasi. Rupanya novel tu merupakan penulis yang sama. Yaaa...aku baru ingat..mmg penulis yang sama....

Aku syorkan seratus peratus(100%) tak rugi membaca novel ini. Aku pun nak cari satu buat koleksi. Nie aku ceritakan plot2 menarik novel nie...

Novel ini berkisar kepada percintaan antara Deros 75 tahun dengan Sangeetha seorang balu berbangsa India yang berumur 85 tahun. Cerita nie bukan cerita cinta cintun uda ngan dara atau hero dan heroin yang kacak dan cantik ya.Tapi kisah cinta warga emas yang dah berusia.

Dalam cerita tersebut empat wayak jer menghidupkan cerita iaitu Sangeetha, Vilalal adiknya, Neena dan Deros seorang pemain gambus Deros ialah seorang pemain gambus dan Sangeetha, atau nama manjanya Geetha seorang balu kepada pemain tabla juga sudah mula belajar menepuk tabla. Gambus di petik Derus dan Tabla di tepuk Geetha dalam irama yang menyentuh rasa. Deros sebenarnya merupakan seorang posmen pencen yang menjadi tukang kebun di rumah Sangeetha seorang balu kaya. Kekerapan selalu bermain alat muzik tersebut dan barangkali kerana selalu bertentang mata atau kerana masing-masing kesunyian mereka terjatuh cinta. Jatuh cinta pada usia yang terlalu jauh. Begitu mengasyikkan. Bukan seperti cinta muda mudi. Percintaan mereka di adaptasikan oleh pecintaan kebudayaan yang menyentuh naluri perasaan. Cinta mereka tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dann agama.Cerita cinta terpendam antara warga emas India dengan Melayu yang tidak diluahkan melalui kata-kata.
Cerita ini juga berakhir dengan kematian Vilalal di atas ambulan di mana Deros mengajar Vilalal mengucap dan saat kematian Deros bila Sangeetha pula mengajarnya mengucap sedangkan Sengeetha bukan seorang Islam.Alangkah sedihnya aku baca plot last nie. Keihklasan Sanggetha mengajar Deros mengucap pada saat terakhir membuktikan cinta mereka tidak mengenal agama, bangsa dan keturunan.Masakan Sangeetha boleh menghafal Dua Kalimah Syaahadah arakian dia bukan Islam? Ini menandakan Sangeetha sendiri telah merasai jika Deros gagal melafazkan kalimah itu ia tidak mendapat ketenangan yang abadi.Cinta mengatasi segalanya.

Hehehe..aku nie mcm pengkritik novel plak..bahasa plak berbunga-bunga..tapi aku suggestkan korang tak rugi baca and beli novel nie...memang best..





No comments: